Saturday 30 July 2011

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN

Masa/tarikh: 8.30am-5.00pm/ Sabtu, 30/7/2011
Tempat: Dewan Utama KTD.
Slot muqadimah: Sir Rosdi
- kutub 'pain'-----kutub'pleasure'.
-Tiap – tiap ungkapan perlu dibuktikan dengan amalan .
Dalam setiap kehidupan ,manusia pasti akan melalui 2 kutub ini, iaitu: kutub ‘pain’ dan kutub ‘pleasure.’
Sebelum merasai nikmat kebahagiaan, pasti akan merasai kesakitan. Dimana setiap kejayaan ‘dilaburkan’ dengan ‘modal’ kesusahan dalam berusaha terlebih dahulu.
Tip untuk berjaya (3):
1) mesti mempunyai ilmu
2) mesti mempunyai kemahiran dan kepakaran
3) mesti mempunyai komunikasi dan seni perhubungan
- Kita tahu apa yang Allah kehendaki jauh daripada kehendak kita
- transformasi bukan berlaku dalam satu hari.
- bedasarkan kata – kata daripada ibn Qayyim “ hati kita dicipta untuk urusan besar-besar sahaja”.
Slot 2: Dr Nor Hisyam bin Mohd Nawi
Tajuk: Jom Perbaharui Diri (anjuran Akademi Bina Ummah & KTD)
7 prinsip yang ajaib tentang manusia:
  • Manusia adalah baik dan mulia
- secara fitrah manusia baik dan menjadi tidak baik disebabkan anasir luar
  • Manusia berhak bergembira dan bahagia
- seberapa ramai orang yang terlalu mengejar kegembiraan tetapi terlupa pada hakikat kebahagian.
- seseorang akan lebih gembira tika ‘memberi’ daripada ‘menerima’. Bak kata pepatah ‘tangan yang memberilebih baik daripada tangan yang menerima’.
  • . Setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri
- setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangannya.
- kita mempunyai potensi, tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya disebabkan oleh:
- tidak teroka
-tidak cari
- tidak lihat semula pada diri
- tidak perbaharui semula potensi yang sedia ada.
- jangan bertanding (compete) dengan orang lain , bertanding dengan diri sendiri kerana dengan cara tersebut kita dapat membuat perbaharuan diri. Jika kalah kerana bersaing dengan orang lain, kita akan merasa lebih kecewa.
  • . Setiap manusia berhak berimpian dan memilih destinasi yang dikehendaki.
  • . Manusia boleh memperbaharui dirinya berkali – kali untuk mencapai destinasi.
  • . Proses perbaharuan bermula dari dalam
  • . Proses perbaharuan perlukan sokongan dari luaran
Rumusan: “Proses perubahan boleh bergabung untuk
menghasilkan ledakan perubahan yang luar biasa”.

No comments:

Post a Comment