Tuesday 13 September 2011

Kematian Suatu Ketetapan Yang Pasti..

Assalamualaikum..

Pada kali, penulis nak 'share something' yang berkenaan dengan tajuk kt atas nie..
Ingat tak, kes kemalangan yang terjadi kat perlis baru-baru nie yang melibatkan pelajar-pelajar dan pemandu yang naik van.  kemalangan nie berlaku dekat dengan kilang gula..dan yang tak disangka-sangka terhempap ngan pokok-pokok besar kat kawasan tu. Yang bagusnya tujuan perjalanan mereka nie baik dan bukannya buat benda x elok pun.

what on your mind now?? think it deep into your heart..
Jadi..'point' kt sini ialah:

  • setiap dari kita inginkan pengakhiran hidup yang husnul khatimah (pengakhiran yang baik)..nikmat nie x kan datang bergolek kalau x ada usaha yang jitu.
Dalam firmannya" Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan diri kaum itu sendiri"

  • kita juga x tahu bila kematian/ajal akan tiba..mungkin tengah berjalan,makan,solat,belajar n dll..suatu kematian itu telah pun ditetapkan dan x terlewat @ awal sedikit pun. untuk mencapai husnul khatimah, kita kenalah memenuhi setiap inci hidup kita dengan melakukan amalan yang soleh/baik.kalau tengah buat perkara jahat tetapi mati..bukankah namanya mati" katak"..rugi kan..

  • jadi, nak mulakan perubahan janganlah sekaligus/drastik kerana takut x berkekalan lama..mulakan satu demi satu tetapi dengan cara istiqamah/berterusan. penulis sendiri masih berusaha untuk berubah dah marilah berubah bersama..bukan kerana Makhluk/benda@orang lain tetapi BERUBAHLAH KERANA ALLAH..
TANYALAH PADA DIRI:

  1. Siapa perlu berubah?
  2. bila perlu berubah?
  3. berubah kerana siapa?..
"tanya akal,jawabnya iman,
ketuk hati, perbaiki diri.."


Akan Bersambung/to be continue........

Tuesday 16 August 2011

Ayuh...terokai Al-quran....( Siri Ramadhan)

Assalamua'laikum..

Pembaca blog yang jihad m'cari ilmu,

walaupun penulisan pada kali ini begitu ringkas, tetapi mengandungi makna yang sangat mendalam. pada kali ini perkongsian tertumpu pada tadabur (penghayatan) ayat Al-Quran.


surah Al-Baqarah(2): 183

Yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".

Info ringkas:
-Puasa merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan.
-Merupakan rukun yang ke-3 daripada rukun Islam.
-Ramadhan merupakan bulan dimana turunnya Al-Quran
-Solat sunat tarawih hanya terdapat dalam bulan Ramadhan.
-Sahur merupakan amalan sunnah yang membezakan antara puasa orang muslim & non-muslim....



Jika si kecil mempunyai azam yang tersendiri, anda bagaiman?? andai ini Ramadhan yang terakhir..
* Sebarang perkongsian info selain yang terdapat diatas sangat dialu-alukan. Persoalan mengenai ibadah puasa boleh diajukan...InsyaAllah akan cuba dijawab. @_@

p/s: mudah-mudahan usaha untuk menuntut ilmu ini diredhai & dirahmati Allah.

Saturday 30 July 2011

SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN

Masa/tarikh: 8.30am-5.00pm/ Sabtu, 30/7/2011
Tempat: Dewan Utama KTD.
Slot muqadimah: Sir Rosdi
- kutub 'pain'-----kutub'pleasure'.
-Tiap – tiap ungkapan perlu dibuktikan dengan amalan .
Dalam setiap kehidupan ,manusia pasti akan melalui 2 kutub ini, iaitu: kutub ‘pain’ dan kutub ‘pleasure.’
Sebelum merasai nikmat kebahagiaan, pasti akan merasai kesakitan. Dimana setiap kejayaan ‘dilaburkan’ dengan ‘modal’ kesusahan dalam berusaha terlebih dahulu.
Tip untuk berjaya (3):
1) mesti mempunyai ilmu
2) mesti mempunyai kemahiran dan kepakaran
3) mesti mempunyai komunikasi dan seni perhubungan
- Kita tahu apa yang Allah kehendaki jauh daripada kehendak kita
- transformasi bukan berlaku dalam satu hari.
- bedasarkan kata – kata daripada ibn Qayyim “ hati kita dicipta untuk urusan besar-besar sahaja”.
Slot 2: Dr Nor Hisyam bin Mohd Nawi
Tajuk: Jom Perbaharui Diri (anjuran Akademi Bina Ummah & KTD)
7 prinsip yang ajaib tentang manusia:
  • Manusia adalah baik dan mulia
- secara fitrah manusia baik dan menjadi tidak baik disebabkan anasir luar
  • Manusia berhak bergembira dan bahagia
- seberapa ramai orang yang terlalu mengejar kegembiraan tetapi terlupa pada hakikat kebahagian.
- seseorang akan lebih gembira tika ‘memberi’ daripada ‘menerima’. Bak kata pepatah ‘tangan yang memberilebih baik daripada tangan yang menerima’.
  • . Setiap manusia ada keunikannya yang tersendiri
- setiap manusia di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangannya.
- kita mempunyai potensi, tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya disebabkan oleh:
- tidak teroka
-tidak cari
- tidak lihat semula pada diri
- tidak perbaharui semula potensi yang sedia ada.
- jangan bertanding (compete) dengan orang lain , bertanding dengan diri sendiri kerana dengan cara tersebut kita dapat membuat perbaharuan diri. Jika kalah kerana bersaing dengan orang lain, kita akan merasa lebih kecewa.
  • . Setiap manusia berhak berimpian dan memilih destinasi yang dikehendaki.
  • . Manusia boleh memperbaharui dirinya berkali – kali untuk mencapai destinasi.
  • . Proses perbaharuan bermula dari dalam
  • . Proses perbaharuan perlukan sokongan dari luaran
Rumusan: “Proses perubahan boleh bergabung untuk
menghasilkan ledakan perubahan yang luar biasa”.

Thursday 30 June 2011

Forgive me...





Forgive Me ~ Ahmed Bukhatir


Today ,upon a bus
I saw a girl With golden hair .
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch
But as she passed, she smiled
Oh God, forgive me when I whine

When I whine,

I have two legs,

The world is mine.

I stopped to buy some candy
The lad, who sold it, had such charm.
I talked with him. He seems so glad.
If I were late, it’d do no harm.
And as I left, he said to me
“I thank you, you’ve been so kind”
“You see…” he said “ I’m blind”..

Oh God, forgive me when I whine

When I whine

I have two eyes
The world is mine

I saw a child with eyes of blue
He stood and watched the others play.
He did know what to do
I stopped a moment and then I said,
“ why don’t you join the others dear?”
He looked ahead without a word.
And then I knew . He couldn’t hear,
Oh God, forgive me when I whine

When I whine

I have two ears
The world is mine

*with feet to take me where I’d go.

With eyes to see the sunset’s glow.

With ears to hear what I’d know.

Oh God, forgive me when I whine

When I whine.


I ‘ve been blessed indeed, the world is mine



Based on the above lyrics, we can conclude that:

We must thank and praise Allah for giving us the most valuable and “special” things, which are our 5 senses: sight, taste, hear, touch, and smell.

            If you are  facing a difficulty in your life, don’t ever lose your hope and faith in Allah. Channel it as the strength of your heart to achieve success in life. The higher your dreams, the less your worries should be.

            Let us be like the child who still gives her smile to make others happy, even though she had only one leg and wore a crutch.
            Let us be like the blind man , who still works hard although his vision might not be there. He never whine, feel disappointed of himself, or ask for help from the people around him.
           They are the people who always put their full efforts to succeed in their lives.

Do you still want to say that you had failed in your life, although you still have all those “special” things?

Think again…

Saturday 11 June 2011

Kembali pada hakikat...

Assalamu'alaikum..
Bersyukur kita kehadrat ilahi dengan izinNYA dapat kita merasai nikmat iman dan nikmat Islam.  Lantas itu, terdapat beberapa perkara yang kita perlu muhasabah semula agar diri tidak terlalu leka / lalai dibawa arus kenikmatan duniawi semata - mata. Seharusnya, seseorang muslim perlu bijak dalam urusan duniawi dan ukhrawi/akhirat.
     
     Hati - hati kita diumpakan seperti sebuah " komputer" yang canggih.  Bila mana ia jarang 'diservis' , maka mudahlah ia diserang 'virus'.  Begitu juga diumpakan dengan hati -hati kita.  jadi kita hendaklah selalu 'update' hati kita dengan perisian yang terbaik bagi mengelakkan daripada rosak begitu sahaja.
     
     Untuk tidak menyamakan diri kita seperti komputer tadi, kita perlulah berbalik semula pada hakikat kita diciptakan oleh Allah S.W.T.  Sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi, kita telah pun berjanji kepada Allah untuk menjadi khalifah yang dapat memakmurkan muka bumi.

  •      Allah telah berfirman "tidak aku jadikan jin dan manusia melaikan untuk beribadat kepada ku.."
         (surah Adz-Dzaariyaat 51:56)

  • "kamu umat terbaik dilahirkan untuk manusia..mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran"
         (surah Ali 'Imran:110)  

          Wahai sahabat harapan Islam..,
          
           "Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh..maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa - jiwa muda.  aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati -hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

(Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

                                                  <ketuk akal, tanya Iman di hati>